Rakyat
Malaysia terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum. Kaum Melayu, Cina dan
India adalah tiga kaum yang terbesar dan setiapnya mempunyai kebudayaan
tersendiri. Keadaan ini menjadikan Malaysia bermasyarakat majmuk.
Malaysia
bukan sahaja mempunyai masyarakat yang majmuk, malah boleh dikatakan majmuk dalam
majmuk. Maksud majmuk dalam majmuk adalah setiap kaum di Malaysia terdiri daripada pelbagai suku kaum.
Misalnya,
dalam masyarakat melayu, terdapat Orang Melayu Jawa, Minangkabau, Bugis
sebagainya. Demikian juga dengan kaum cina seperti suku kaum Hokkien, Hailam,
Kantonis, dan lain-lain lagi. Bagi kaum india pula tidak ketinggalan, terdiri
daripada Tamil, Malayalam, Benggali dan lain-lain lagi.
Perkara ini menunjukkan
bahawa Malaysia mempunyai penduduk yang berbilang kaum dan agama. Perbezaan
budaya dan anutan ini telah mewujudkan unsur-unsur budaya dan adat resam yang
pelbagai dan menjadikan budaya Malaysia amat unit dan berbeza dari
negara-negara lain. :-)