Negara kita Malaysia sebuah negara yang amat bertuah kerana mempunyai kelainan dari negara-negara lain. Kita ada pelbagai seni yang dilahirkan dari budaya dan masyarakat di Malaysia..
salah satunya adalah seni tarian......:-)
tarian melayu:
zapin- zapin merupakan tarian melayu yang berasaskan kesenian arab parsi yang telah disesuaikan dengan kesenian melayu. zapin bermaksud gerak kaki. mengikut sejarah, tarian ini pada mulanya adalah sebagai hiburan di istana yang dibawa dari hadramaut,yaman selatan oleh pedagang arab pada abad ke -13 bertujuan digunakan amalan berzikir untuk menyebarkan pengetahuan. Tarian ini selalunya di amalkan di negeri Johor dan ada juga di sesetengah lain-lain negeri..
video zapin
tarian sumazau-perkataan sumazau berasal daripada 'SAZAU' yang boleh dilihat berdasarkan tangan seseorang apabila menari.sumazau merupakan tarian tradisional suku kaum kadazandusun. tarian ini dipersembahkan semasa perayaan dan juga upacara pemujaan semangat.
tarian mak yong-Mak Yong dipersembahkan sebagai hiburan dan juga sebagai cara perubatan. Mak Yong dipercayai wujud sebelum kedatangan Islam lagi. Tarian ini dipentaskan sebagai pementasan Diraja di bawah naungan Kesultanan Kelantan sehingga 1920-an. Dengan itu, tradisi ini dikekalkan dalam bentuk asal tanpa meninggalkan peningkatan yang terdapat di istana seperti pakaian yang berhias cantik.
No comments:
Post a Comment